Wajah ketika sihat remaja OKU yang ditemui di Nilai tersebar
Berbeza dengan keadaannya pada Sabtu, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang - FotoBernama
KUALA LUMPUR: Gambar awal remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dijumpai dikurung seorang diri di Nilai awal pagi Sabtu, hangat diperkatakan di media sosial.
Gambar itu tersebar dipercayai diambil dari akaun Facebook milik ibu kandungnya.
Gambar yang bertarikh 18 Mac 2012 itu jelas menunjukkan wajah remaja OKU yang bernama Muhammad Firdaus Dullah, 15, lebih berisi dan terurus.

Berbeza dengan keadaannya pada Sabtu, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang.
Turut trending, adalah wajah sebenar ibu kepada Muhammad Firdaus yang dikenali sebagai Lola, 40.
Orang ramai juga mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan Lola, yang mengurung Muhammad Firdaus seorang diri di bilik yang dipenuhi najis dan sisa makanan.
Ramai pihak turut meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan penemuan tersebut dan menyeru agar Lola dikenakan tindakan

Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ itu tanpa sengaja ditemui di sebuah unit Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai ketika Jabatan Imigresen melakukan operasi menangkap pendatang tanpa izin (Operasi 6P).
Mangsa ketika itu didapati berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan dengan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya.
Sebaik dijumpai, dia dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.
Sementara itu, menurut laporan Harian Metro pada Ahad, ibu remaja itu yang kini isteri kedua berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya kepada Harian Metro.
Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup Lola dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.
Lola dilaporkan berasal dari Sabah dan difahamkan kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mangsa ketika itu didapati berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan dengan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya.
Sebaik dijumpai, dia dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.
Sementara itu, menurut laporan Harian Metro pada Ahad, ibu remaja itu yang kini isteri kedua berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup Lola dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.
Lola dilaporkan berasal dari Sabah dan difahamkan kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
LINK BERKAITAN:
KOMEN:
Dalam era tang bertamadun ini, masalah ini adalah tidak berperikemanusiaan. Golongan orang kurang upaya (OKU) juga merupakan satu bahagian daripada masyarakat. Mereka harus dilayan seperti orang biasa. Mereka mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan seperti yang lain. Selain itu, mereka juga mempunyai hak-hak yang semestinya.Seperti contohnya , mereka harus diberikan hak untuk kehidupan. Tetapi , bukan layanan yang didiskriminasi atau dipandang rendah. Kes penderaan OKU yang seperti di atas tidak harus dilakukan. Ibubapa wajib menyayangi dan menjaga anak-anak mereka walaupun mereka ada kecacatan. Bagi menghalangkan masalah tersebut, hak-hak OKU harus disebarkan dan akta-akta melindungi OKU harus ditegaskan. Manakala, sebagai masyarakat , kita harus memberi bantuan kepada OKU semasa mereka ada keperluan.