Wajah ketika sihat remaja OKU yang ditemui di Nilai tersebar
Berbeza dengan keadaannya pada Sabtu, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang - FotoBernama
KUALA LUMPUR: Gambar awal remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dijumpai dikurung seorang diri di Nilai awal pagi Sabtu, hangat diperkatakan di media sosial.
Gambar itu tersebar dipercayai diambil dari akaun Facebook milik ibu kandungnya.
Gambar yang bertarikh 18 Mac 2012 itu jelas menunjukkan wajah remaja OKU yang bernama Muhammad Firdaus Dullah, 15, lebih berisi dan terurus.

Berbeza dengan keadaannya pada Sabtu, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang.
Turut trending, adalah wajah sebenar ibu kepada Muhammad Firdaus yang dikenali sebagai Lola, 40.
Orang ramai juga mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan Lola, yang mengurung Muhammad Firdaus seorang diri di bilik yang dipenuhi najis dan sisa makanan.
Ramai pihak turut meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan penemuan tersebut dan menyeru agar Lola dikenakan tindakan

Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ itu tanpa sengaja ditemui di sebuah unit Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai ketika Jabatan Imigresen melakukan operasi menangkap pendatang tanpa izin (Operasi 6P).
Mangsa ketika itu didapati berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan dengan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya.
Sebaik dijumpai, dia dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.
Sementara itu, menurut laporan Harian Metro pada Ahad, ibu remaja itu yang kini isteri kedua berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya kepada Harian Metro.
Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup Lola dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.
Lola dilaporkan berasal dari Sabah dan difahamkan kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mangsa ketika itu didapati berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan dengan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya.
Sebaik dijumpai, dia dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.
Sementara itu, menurut laporan Harian Metro pada Ahad, ibu remaja itu yang kini isteri kedua berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup Lola dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.
Lola dilaporkan berasal dari Sabah dan difahamkan kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
LINK BERKAITAN:
KOMEN:
Dalam era tang bertamadun ini, masalah ini adalah tidak berperikemanusiaan. Golongan orang kurang upaya (OKU) juga merupakan satu bahagian daripada masyarakat. Mereka harus dilayan seperti orang biasa. Mereka mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan seperti yang lain. Selain itu, mereka juga mempunyai hak-hak yang semestinya.Seperti contohnya , mereka harus diberikan hak untuk kehidupan. Tetapi , bukan layanan yang didiskriminasi atau dipandang rendah. Kes penderaan OKU yang seperti di atas tidak harus dilakukan. Ibubapa wajib menyayangi dan menjaga anak-anak mereka walaupun mereka ada kecacatan. Bagi menghalangkan masalah tersebut, hak-hak OKU harus disebarkan dan akta-akta melindungi OKU harus ditegaskan. Manakala, sebagai masyarakat , kita harus memberi bantuan kepada OKU semasa mereka ada keperluan.
Walaupun OKU mempunyai kecacatan yang berlainan, mereka tetap manusia dan harus mendapat layanan yang sama rata dari masyarakat. Kita harus memberi peluang kepada mereka dalam melakukan sesuatu tanpa mengira kecacatan mereka sekiranya mereka mumpunyai kemampuan untuk menyempurnakan tugasan tersebut. Hormatilah OKU sebagai ciptaan tuhan.
回复删除Sebagai seorang manusia yang sihat dari segi mental dan fizikal , kita haruslah bersyukur dan sentiasa mengambil berat tentang isu - isu dalam membantu golongan OKU . Sebenarnya golongan OKU inilah yang harus mendapatkan prihatin serta bantuan daripada golongan masyarakat . Kita haruslah sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan OKU sama ada dari segi kewangan atau dari segi fizikal .
回复删除kita haruslah memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya mereka tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai ciptaan tuhan,
回复删除此评论已被作者删除。
回复删除此评论已被作者删除。
回复删除Bagi membina sebuah keluarga yang bahagia, ibu bapa hendaklah melaksanakan tugas masing-masing dengan baik. Hak kanak-kanak juga haruslah dilindungi seperti ibu bapa membekalkan tempat tinggal yang sesuai untuk anak mereka dan bukanlah meninggalkan anak di sebuah tempat yaang kurang kondusif seperti keratan akhbar yang telah disampaikan oleh saudari. Terima kasih.
回复删除Sokongan dan kasih sayang daripada kalangan masyarakat patutlah diberikan kepada golongan OKU dan mereka harus diberikan layanan yang sama supaya mereka tidak berasa tersisih.Kanak-kanak merupakan kurniaan tuhan dan mereka haruslah dilindungi dan disayangi.
回复删除A154923
回复删除Pada pandangan saya, saya amat simpati dengan apa yang terjadi ke atas Lola. Walaupun Lola seorang OKU, tetapi dia sepatutnya mempunyai haknya sebagai seorang OKU dan sebagai seorang kanak-kanak. OKU merupakan golongan yang amat bernasib malang kalau tidak mempunyai ibu bapa yang sanggup menjaga mereka. Oleh sebab itu, Pihak kebajikan perlu sentiasa memantau layanan yang diterima oleh kanak-kanak OKU.